Lelaki Maut Dipercayai Ditikam Di Tawau

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

TAWAU : Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di kawasan Fajar, Tawau, pagi tadi.

Mangsa berusia 27 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di dada.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan memaklumkan siasatan masih dijalankan.

Terdahulu, penemuan mayat berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang awam.

Rakaman berdurasi 21 saat itu memaparkan mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dipercayai akibat ditikam. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *