Lelaki Cedera Parah, Kereta Dipandu Jatuh Gaung Di Tambunan

Pasukan Bomba menyelamatkan mangsa yang parah selepas kenderaan dinaiki terbabas jatuh ke dalam gaung.

TAMBUNAN : Seorang lelaki cedera parah selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung sedalam 15 meter di Jalan Kampung Makatip, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Ak Micky @ Dominic
pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.43 petang.

Katanya, sepasukan 7 pegawai dan anggota bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Tambunan, dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 12 kilometer dari balai.

Menurutnya, nahas membabitkan seorang mangsa berusia 37 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford terbabas sendiri lalu tejatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter.

“Terdapat seorang mangsa lelaki cedera parah. Pasukan bomba bertindak membawa naik mangsa menggunakan junkin stretcher dan diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan jam 4.17 petang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *