Lori & Hilux Bertembung Kereta Api Di Jalan Kepayan

Gambar kemalangan membabitkan lori, pacuan empat roda yang melanggar kereta api penumpang.

KOTA KINABALU : Sebuah kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bertembung dengan dua kenderaan di Jalan Kepayan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan berlaku kira-kira 3 petang tadi membabitkan sebuah lori, pacuan empat roda Toyota Hilux serta kereta api penumpang yang bergerak dari arah Papar ke Kota Kinabalu.

Gambar kemalangan membabitkan lori, pacuan empat roda yang melanggar kereta api penumpang.

“Kedua-dua kenderaan berkenaan bergerak dari arah Luyang menuju ke KKIA. Kemalangan tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *