Kota Kinabalu Terima Amaran Cuaca Buruk Pagi Ini

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Kota Kinabalu antara kawasan yang menerima amaran cuaca buruk pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebooknya berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan daerah Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang serta Labuan.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *