Masjid Nurul Iman Sabindo Terbakar

PAPAR: Masjid Nurul Iman, Sabindo, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Roslie Jun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 3.38 pagi.

Katanya, sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera pemadam api serta kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Papar dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai.

Turut membantu memadamkan kebakaran, sepasukan 9 anggota bomba dari BBP Penampang.

“Kebakaran melibatkan sebuah masjid jenis separuh kekal berkeluasan 297 meter persegi yang terbakar 95 peratus.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 100 meter dengan empat pancutan menggunakan sumber air dari pili bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran dapat dikawal jam 4.26 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 7.17 pagi.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian serta jumlah kerugian masih giat dijalankan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *