23 Termasuk 4 Wanita Ditahan , 116.07 Gram Syabu Dirampas

Antara individu yang berjaya ditahan dalam operasi selama tiga hari itu.

TAWAU: Seramai 23 individu termasuk empat wanita ditahan selepas didapati terlibat dengan pelbagai kes jenayah termasuk dadah menerusi Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar daerah ini, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata operasi itu dijalankan selama tiga hari di kawasan yang sudah dikenal pasti di daerah ini.

Antara individu yang berjaya ditahan dalam operasi selama tiga hari itu.

Katanya, daripada jumlah itu, pasukan polis menahan 15 lelaki dan dua wanita serta merampas 116.07 gram dadah disyaki jenis syabu.

“Empat lagi lelaki dan dua wanita ditahan atas kesalahan jenayah mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953

“Semua tangkapan dan barang rampasan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Jasmin berkata, polis terus mempergiatkan lagi operasi di daerah ini bagi mengesan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah yang melakukan kesalahan.

“Saya menyeru kepada seluruh masyarakat di daerah ini untuk menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengetahui aktiviti jenayah di kawasan mereka,” katanya.

Antara individu yang berjaya ditahan dalam operasi selama tiga hari itu.

“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit masing-masing,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *