SPRM Sabah Tahan Tiga Individu Kemuka Invois Palsu Lebih RM800,000

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu selepas dipercayai terbabit dalam mengemukakan invois palsu berjumlah lebih RM800,000 hari ini.

Invois tuntutan itu dilaporkan diserahkan kepada pejabat di sebuah kementerian pada 2019.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu itu ditahan di pejabat SPRM Sabah jam 10 pagi tadi, selepas hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka dipercayai mengemukakan invois palsu berkaitan tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi projek untuk tempoh tiga bulan iaitu daripada September hingga November 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

“Ketiga-tiga suspek ini dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah dalam tempoh terdekat,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *