‘Berbalah’ Dengan Speaker, Ahli Parlimen Warisan Digantung 2 Hari

KUALA LUMPUR : Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud-Warisan) digantung dua hari daripada menghadiri persidangan Parlimen selepas diarah keluar Dewan oleh Timbalan Speaker, Rashid Hasnon.

Perintah itu dikeluarkan Rashid selepas Isnaraissah meminta Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menjelaskan tindakan menolak usul dikemukakannya berhubung
dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dilapor dirampas waris kesultanan Sulu.

Isnaraissah berkata, sudah tiga kali usulnya mengenai anak syarikat Petronas itu ditolak.

Dewan kecoh selepas beberapa Ahli Parlimen dari Sabah tidak berpuas hati usul itu ditolak dan Isnaraissah digantung dua hari.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *