561 Paket Minyak Masak Dirampas

SEMPORNA; 08 JULAI 2022 (Jumaat) : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas 561-paket minyak masak pelbagai jenama dan dua gelen minyak petrol dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran ketika mengadakan rondaan di perairan laut Pulau Sibangkat, rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota PPM mengesan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.


Bagaimanapun sebaik dihampiri untuk pemeriksaan, bot berkenaan telah bertindak memecut laju ke kawasan cetek dan suspek terjun melarikan diri ke kawasan hutan.

Katanya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai 10-ribu ringgit dan semua rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Menurut beliau lagi, orang ramai yang menpunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan penyeludupan minyak masak bersubsidi diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *