CIDB Sabah Kecewa Kontraktor Binaan Ulang Kesalahan Sama Tanpa Penambahbaikkan

SANDAKAN : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sabah menerusi beberapa operasinya mendapati ada dalam kalangan kontraktor binaan di negeri ini yang mengulangi pelagai kesalahan sama yang pernah dilakukan mereka, tanpa usaha untuk melaksanakan sebarang inisiatif penambahbaikan.

Pengarahnya Rosmen Awang Hassan berkata sejak Januari hingga hari ini, CIDB telah mengeluarkan 169 notis kepada kontraktor binaan di negeri ini atas pelbagai kesalahan yang dilakukan mereka, dengan 37 daripadanya merupakan kesalahan berulang.

Beliau yang menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan itu berkata antara notis kesalahan berulang yang sering dikesan adalah yang berkaitan dengan pendaftaran kontraktor, pendaftaran akreditasi dan latihan personel binaan, arahan penyiasatan bahan binaan dan notis pengemukaan maklumat mengenai industri pembinaan.

“CIDB menyeru kepada pihak kontraktor supaya sentiasa mematuhi peraturan atau berdepan pendakwaan atau dikompaun,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi penguatkuasaaan bersepadu di sebuah tapak binaan di sini hari ini.

Operasi melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di Sandakan itu antara lain bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam menguatkuasakan peraturan serta pematuhan akta di bawah industri pembinaan Malaysia, khususnya berkaitan Akta 520 di bawah CIDB. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *