Presiden Parti Sabah Ditahan, Didakwa Terbabit Sindiket Palsu IC

Hamzah Zainudin (tengah) dalam sidang media di Bukit Aman hari ini mengesahkan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Mohd Arshad Abdul Mualap ditahan minggu lalu.

KUALA LUMPUR : Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Beliau dalam sidang media di Bukit Aman berkata, lelaki itu didakwa menjadi dalang sindiket terbabit dan rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

Katanya, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *