Pasukan Guru Kosmetologi Bentang Inovasi Gincu Di Persidangan Chicago

KENINGAU : Pasukan guru kosmetologi Kolej Vokasional Keningau telah membentang inovasi gincu mereka di persidangan International Liberty Interdisciplinary Studies yang berpusat di Chicago, Amerika Syarikat, pada 26 Jun 2022.

Pasukan ini mencipta gincu yang digabungkan dengan alat pensanitasi tangan yang mengandungi cecair pembasmi kuman.

Bahagian gincu alat tersebut boleh diganti dari masa ke semasa kerana ianya direka dengan pelapik cecair gincu yang boleh dikeluarkan dan diganti dengan pelapik yang baru.

Manakala bahagian pembasmi kuman alat tersebut juga boleh diisi semula sekiranya telah dihabis digunakan.

Alat ini adalah ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya juga dapat mengekalkan wajah cantik pengguna kerana fungsinya sebagai gincu dan dalam masa yang sama, memastikan pengguna bersih dari kuman yang boleh membawa penyakit.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, memuji iniatif guru-guru tersebut kerana menghasilkan inovasi yang sejajar dengan kursus yang mereka ajar yang melibatkan penjagaan wajah dan badan.

Dia yakin kejayaan sebegini mampu memberi inspirasi dan ilham kepada pelajar-pelajar yang mereka didik.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan pasukan itu yang diwakili oleh Cecelia Japanis, Bibiana Paulus, Alvy Wendyline dan Anizah Mussah boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *