Suryady Galak Lebih Ramai Usahawan Belia Di Sabah Daftar “Lesen PMS”

Suryadi menyampaikan sumbangan Dana Khas pendaftaran “Lesen PMS” kepada salah seorang Usahawan Belia Di Tawau yang turut disaksikan Pegawai Kewangan Negeri Sabah, Puan Rafidah Binti Datu Derin dan wakil Commerce Dot Com Sabah

TAWAU: Pembantu Menteri Belia & Sukan Sabah, YB Andi Muhammad Suryady Hj Bandy menyeru agar lebih ramai usahawan belia di negeri ini mendaftar perniagaan mereka menggunakan sistem ePerolehan atau lebih dikenali sebagai “Lesen PMS”.

Beliau ditemui ketika turun padang menjayakan program Sanang Baitu Daftar ePerolehan (SBDeP) bagi Zon Tawau di LA Hotel Tawau anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah, Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Commerce Dot Com Sabah.

“Saya berharap agar lebih ramai usahawan belia bukan sahaja di Daerah Tawau, malah di seluruh Sabah untuk mendaftarkan perniagaan mereka di dalam sistem ePerolehan bagi memudahkan sebarang urusan berkaitan perolehan kerajaan.”

Beliau yang juga Adun N.71 Tanjung Batu itu turut menyerahkan sumbangan dana khas bantuan bayaran lesen kepada usahawan belia yang LULUS SERTA MERTA ‘Lesen PMS’ dalam program tersebut, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *