Sukarelawan Bomba Komuniti Bakal Ditubuhkan Di Tanjung Batu – ADUN

TAWAU: Sukarelawan Bomba Komuniti bakal ditubuhkan dalam masa terdekat bagi peringkat DUN Tanjung Batu untuk membantu kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan tersebut.

Rancangan itu diumumkan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, merangkap ADUN N71 Tanjung Batu, YB Andi Suryadi Bin Bandy dalam ucapannya ketika merasmikan pelancaran Tawau Emergency Mutual Aid (TEMA) di Tawau Yatch Club Garden disini, kelmarin.

“Buat masa ini kita rancang untuk tubuhkan Sukarelawan Bomba Komuniti peringkat DUN terlebih dahulu dan seterusnya akan dikembangkan ke peringkat Parlimen Kalabakan” Tambahnya lagi.

Pelancaran TEMA merupakan hasrat Pihak Bomba dan Penyelamat Zon Tawau sebagai salah satu langkah pencegahan dan tindakan sekiranya berlaku situasi bencana di Daerah Tawau. TEMA juga merupakan bentuk persefahaman di antara ahli yang terlibat untuk memberikan bantuan dari segi fasiliti serta kepakaran apabila berlakunya kecemasan atau bencana. 

Kawasan Tanjung Batu merupakan salah satu kawasan di daerah Tawau yang berpenduduk padat dan terdapat operasi syarikat-syarikat perindustrian dalam bidang gas, cecair mudah terbakar dan bahan kimia.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *