Cikgu Syuaib Johan Monolog Di Festival Seni Australia

KENINGAU : Syuaib Samijan, guru vokasional Kolej Vokasional Keningau, telah memenangi hadiah pertama dalam kategori monolog di festival seni “Under the Skies of Australia” yang berlangsung secara jarak jauh pada 20 Jun 2020.

Cikgu Syuaib yang merupakan seorang seniman “Triple Threat” kerana bakatnya sebagai pelakon, penyanyi dan penari.

Malah Cikgu Syuaib yang memegang jawatan sebagai pegawai teknikal Semarak Teater negeri Sabah juga aktif dalam penulisan skrip dan pengarahan artistik.

Dia telah berjaya melatih dan membimbing ramai pelajar dalam bidang seni dan hiburan dan sebahagian daripada mereka sudah menempa kejayaan dalam industri seni persembahan tempatan.

Monolog yang disampaikannya merupakan satu kritikan terhadap budaya media sosial yang mengaburi generasi masa sekarang yang taksub mencari kepuasan diri melalui reaksi orang awam di laman media sosial.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan bakat yang ditonjolkan oleh Cikgu Syuaib yang merupakan jurulatih seni persembahan di institusi itu.

Kejayaan tersebut merupakan bukti bertapa pentingnya agar guru guru diberi peluang untuk meneroka bidang yang mereka minati untuk mewujudkan sekolah yang dinamik dan berkebolehan.

Rakaman monolog Cikgu Syuaib yang bertajuk “Dilema Rasa” boleh ditonton melalui pautan YouTube berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *