Beri Pegawai Polis RM650, Buruh Ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, hari ini selepas cuba merasuah pegawai polis sebanyak RM650.

Pemegang pas IMM13 berusia 38 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah, di sini, jam 5.30 petang tadi.

Menurut sumber, suspek yang bekerja sebagai buruh dikatakan cuba memberi suapan bagi melepaskan diri daripada ditahan kerana melakukan kesalahan memandu tanpa lesen.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tangkapan itu adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPRM Sabah dalam usaha membanteras gejala rasuah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan sebarang sogokan kepada mana-mana anggota agensi penguat kuasa atau penjawat awam kerana ia satu kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *