PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Haris Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah kira-kira pukul 9.00 malam.
“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Jurucakap JBPM Sabah pula ketika dihubungi berkata pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 9.37 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran sejam kemudian.
“Seramai 28 orang anggota bomba daripada Balai Bomba Penampang dan Kota Kinabalu terlibat dalam operasi memadam kebakaran.
“Keadaan gelap menyukarkan bomba untuk mengenal pasti jenis rumah terlibat dan kerja-kerja siasatan masih dijalankan,” katanya. – BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost