Bekas Menteri Sabah Peter Anthony Didapati Bersalah Palsukan Dokumen UMS

Peter Anthony didakwa atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pihak pendakwaan kini akan meneruskan hujah untuk hukuman sebelum Azura memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap Peter, 50.

Peter, sebagai pengarah urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat timbalan naib canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

ADUN Melalap itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di pejabat ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014. – FMT

Berita Lanjut Menyusul….

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *