8 Sekolah Di Sabah Terjejas Akibat Banjir Kilat

Keadaan banjir yang berlaku di Sekolah Menengah Saint Paul, Beaufort. – Gambar Facebook SMK Saint Paul

KOTA KINABALU : Sebanyak lapan sekolah di tiga daerah di negeri ini terjejas selepas dilanda banjir kilat pada Selasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, daerah yang terlibat ialah Beaufort, Tenom dan Penampang.

Keadaan banjir yang berlaku di Sekolah Menengah Saint Paul, Beaufort. – Gambar Facebook SMK Saint Paul

“Antara sekolah yang terjejas akibat banjir kilat ialah Sekolah Menengah Saint Paul, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Bukau di Beaufort, manakala di Tenom melibatkan SK Gumisi, SK Ladong Sapong, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Syn dan SK Inubai serta sebuah sekolah di Penampang iaitu SK Tombovo.

“Kesemua sekolah melibatkan seramai 985 murid dan pelajar yang terjejas akibat banjir kilat berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, SK Tombovo kini dalam proses pembersihan akibat banjir kilat berkenaan.

Sementara itu, menurut laman Facebook rasmi SMK Saint Paul Beaufort memaklumkan sekolah terpaksa mengambil ‘cuti kecemasan’ berikutan banjir yang melanda sekolah berkenaan.

Difahamkan pintu pam air rosak menyebabkan air bertakung dan menyebabkan berlakunya banjir di Sekolah berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, beliau dimaklumkan bahawa punca banjir disebabkan infrastruktur awam iaitu sistem perparitan persekitaran. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *