Komik Manga Pelajar Sabah Raih Hadiah Pertama Di Argentina

KENINGAU : Mohd Aqasya Bin Mohd Puasa, pelajar teknologi automotif Kolej Vokasional Keningau, telah dianugerahkan hadiah pertama dalam kategori manga di festival seni di Argentina pada 5 Mei 2022.

Manga merupakan stail komik yang berasal dari Jepun yang mempunyai keunikan yang tersendiri.

Mohd Aqasya yang meminati komik manga ini telah menghasilkan berpuluh-puluh lukisan yang diilhamkan dari stail lukisan komik Jepun itu.

Komik manga yang dihantarnya untuk pertandingan ini bertajuk “Kokok” iaitu makhluk ghaib yang mampu menjelma sebagai manusia dan meniru rupa paras serta ciri-ciri fizikal sesiapa sahaja.

Cerita ini yang diadaptasikan dari mitos dahulukala komuniti di Sabah telah diberi sentuhan moden dengan elemen komik manga.

Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, pengarah kolej itu, memuji usaha pelajar ini yang meneroka konsep lakaran yang merentas budaya dengan menerapkan seni moden Jepun dalam hasil karyanya.

Pengarah berharap agar ini mampu memupuk penghayatan budaya dan nilai murni dikalangan pelajar Kolej Vokasional Keningau.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Komik hasil karya pelajar ini boleh diakses melalui pautan berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *