Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Berlaku Di Beberapa Daerah Di Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa daerah di Sabah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga jam 1 tengah hari nanti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan daerah yang terlibat ialah di Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Kudat, dan Pitas,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia berkata, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang merancang aktiviti pada petang ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *