Pemandu Cedera Kereta Dipandu Rempuh Pagar Rumah

TUARAN: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pagar sebuah rumah di Jalan Tamparuli – Tuaran berhampiran stesen minyak Telibong di sini, malam semalam.

Pemandu berusia 24 tahun itu tersepit selama kira-kira 40 minit dalam kenderaannya sebelum diselamatkan bomba dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu jam 7.51 malam.

Katanya, sepasukan 10 pegawai dan anggota dari BBP Tuaran bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tersepit di bahagian pemandu.”

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *