Umum Kelonggaran SOP? Sidang Media Menteri Kesihatan 4 Petang Ini

KUALA LUMPUR : Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dijangka akan mengadakan satu sidang media pada petang ini.

Melalui satu hantaran ringkas di laman facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa sidang media berkenaan akan diadakan pada 4 petang ini. Sidang media berkenaan akan disiarkan secara langsung di laman facebook tersebut.

Bagaimanapun dalam hantaran itu, tiada maklumat lanjut dikongsikan berkenaan perincian sidang media tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa ada beberapa kelonggaran SOP yang bakal diumumkan oleh KKM dalam masa terdekat ini. Dalam laporan BERNAMA tiga hari lepas, pengumuman berkenaan kelonggaran SOP itu dijangka akan dibuat pada Rabu.

Khairy sebelum ini turut menegaskan bahawa kelonggaran yang bakal diumumkan kelak adalah bersifat selamat dan cermat kerana kerajaan tidak mahu tersilap langkah dan mengelak usaha yang dilakukan bagi mengawal wabak Covid-19 menjadi sia-sia.

Malah, beliau berkata, kelonggaran SOP tersebut turut dibincangkan secara panjang lebar dan dibawa ke kabinet untuk mendapat kelulusan sebelum ia diumumkan.

Sama-sama kita nantikan sidang media petang ini.Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *