Guna Dokumen Palsu: Kontraktor Didenda RM48,000, Jel Sehari

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kontraktor dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM48,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas lapan pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan bernilai RM172,980 di sebuah agensi kerajaan pada 2018.

Tertuduh Hassan Ho Abdullah, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakat Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, Hassan Ho Abdullah pada 27 November 2018 di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kudat, menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat akuan dan pengesahan Stesen Servis Napson.

Dokumen itu digunakan untuk tuntutan Projek Community Drumming di bawah Majlis Harga Barang Negera (MHBN) 2018 bagi syarikat Setia Gemilang Enterprise kepada KPDNHEP Kudat pada Ogos dengan nilai RM24,660; September (RM27,360); Oktober (RM27,360) dan November 2018 (RM9,180).

Dokumen itu juga turut digunakan untuk membuat tuntutan projek yang sama bagi syarikat Sinaran Transporter membabitkan nilai sebanyak RM30,780 pada Ogos; RM27,180 pada September; RM18,360 pada Oktober dan RM8,100 pada November 2018.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama iaitu penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu hari dan denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48,000 selepas tertuduh mengaku semua pertuduhan alternatif kepadanya.

Jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan, mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara selama 32 bulan namun tertuduh membayar semua denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh manakala tertuduh diwakili peguam dari Nohin & Partners. – HMetro

Sama-sama kita nantikan sidang media petang ini.Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *