Pasukan Guru KV Keningau Finalis Anugerah Inovasi GoAbroad

KENINGAU : Projek pendidikan yang bertemakan tradisi dan trend negara Jepun yang diilhamkan oleh sepasukan guru dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah tersenarai sebagai salah satu daripada lima finalis bagi GoAbroad Innovation Awards dalam kategori Innovative TEFL/Teach Abroad Program.

Program tersebut yang dinamakan “Omiyage” yang bermaksud hadiah dalam Bahasa Jepun bertujuan untuk membimbing guru dan pelajar untuk menerapkan budaya Jepun dalam pembelajaran melalui aspek seni, akademik, permainan dan kesihatan.

Pasukan ini terdiri daripada Larry James, Alvinah Tony, Akmal Rosimun dan Sirhajwan Idek.

Senarai finalis telah diumumkan di laman web organisasi tersebut yang berpangkal di Amerika Syarikat: https://blog.goabroad.com/innovation-awards-2022/

Projek ini meneroka pelbagai aspek budaya Jepun terutamanya tradisi negara tersebut serta teknik yang dicipta atau dipopularkan di negara itu seperti haiku, pechakucha, manga, Kamishibai dan Sudoku.

Malah ramai pelajar pelajar-pelajar di kolej tersebut yang telah menghasilkan hasil karya seni mereka seperti haiku (puisi) dan manga (komik).

Beberapa pelajar juga telah mencuba stail pembentangan pechakucha apabila menyertai simposium dalam talian.

Pengarah kolej Vokasional Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pasukan itu kerana usaha mereka ini mampu meningkatkan kemahiran sosiobudaya para pelajar dan mengukuhkan kualiti pendidikan kolej tersebut melalui program pengantarabangsaan sebegini.

Keputusan pertandingan ini akan diumumkan pada 2 June 2022.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *