Wanita Parah, Kenderaan Terbabas Ke Dalam Gaung Di Jalan Kimanis

Pasukan bomba menjalankan operasi menaikkan mangsa parah keluar dari gaung sedalam 200 meter di Jalan Kimanis- Keningau di sini.

PAPAR: 5 individu termasuk 3 wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 200 meter di Jalan Kimanis-Keningau, tengahari semalam.

Dalam kejadian itu, seorang mangsa, wanita berusia 32 tahun, dilaporkan cedera parah manakala empat lagi hanya cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata
pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu jam 12.35 tengahari semalam.

Katanya, sepasukan 8 pegawai dan anggota dari BBP Papar bersama van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung sedalam 200meter.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *