Puisi Bahasa Isyarat Pelajar Sabah Johan Di England

KENINGAU : Seorang pelajar berkeperluan khas Kolej Vokasional Keningau, Tracy Grace Tanis, telah mendapat hadiah pertama di festival seni England, United Kingdom, pada 15 April 2022.

Pelajar ini yang mempunyai masalah pendengaran menyampaikan persembahan puisi melalui bahasa isyarat.

Puisi bertajuk Aku Membaca Lagi yang merupakan hasil karya sasterawan negara Razali Mohd Yussof itu menerangkan perasaan syukur penulis apabila dia merenung keindahan dan nikmat alam semester ciptaan Tuhan.

Persembahan puisi ini pernah ditayangkan di konvensyen kebangsaan anjuran universiti tempatan pada tahun 2021.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, berasa terharu dengan usaha pelajar ini beserta guru pembimbingnya yang tekad untuk membuka lebih banyak peluang bagi golongan berkeperluan khas agar mampu mempertengahkan bakat dan kemahiran mereka tersendiri.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman puisi itu boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *