PPM Rampas Diesel Tanpa Permit Bernilai RM21,500

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan bersama muatan diesel bernilai RM 21,500 yang dibawa tanpa permit yang sah di Jalan Silam, semalam.

Lelaki berkenaan ditahan dalam operasi bersama antara Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superitendan Gan Ping Sin berkata, pihaknya mendapat maklumat dan mengesan lori berkenaan di belakang premis kedai di Jalan Silam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebuah lori berisi beberapa liter minyak diesel bernilai RM21,500 dibawa oleh seorang lelaki berumur 37 tahun.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan termasuk lori bernilai RM181,500.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *