KV Keningau Raih Perak Di Festival Seni Itali Kategori Drama Radio

KENINGAU : Sepasukan pelajar dari Kolej Vokasional Keningau telah dianugerahkan dengan pingat perak bagi kategori drama radio di festival seni Itali yang berlansung pada 28 sehingga 31 Mac 2022.

Pasukan ini terdiri daripada Natalia Jaikoh @ Alexander, Joyce Hazel William, Meredith Jillian Martin, Jyfreena Ryzza Yanik dan Dayang Salma Atika Awang Latif.

Radio drama adalah persembahan teater yang disampaikan sepenuhnya melalui dialog, kesan bunyi dan muzik tanpa sebarang visual.

Mereka telah menulis skrip mereka sendiri yang mengisahkan keajaiban malam sebelum perayaan Krismas dimana alat permainan dan patung menjadi hidup dan mampu berinteraksi dengan kanak-kanak.

Cerita ini berfokuskan kepada seorang kanak-kanak perempuan bernama Arytha yang tidak mahu dipisahkan dengan anak patung kesayangannya walaupun dia telah agak matang untuk bermain dengan anak patung.

Pengarah kolej tersebut, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar ini memandangkan mereka telah berjaya menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni melalui penyertaan ini.

Dia berharap agar budaya seni terus dipupuk dikalangan pelajar-pelajar di Malaysia khususnya di Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman radio drama pasukan ini yang bertajuk “Christmas Miracle” (Keajaiban Krismas) boleh diakses melalui pautan YouTube berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *