Terjun Kenderaan Selamatkan Diri Daripada Dicabul Pemandu E-Hailing

Foto yang tular di media social. – Foto Facebook

KOTA KINABALU: Seorang wanita nekad terjun daripada kenderaan e-hailing yang dinaiki bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa cabul dan samun di Kampung Kobuni, Jalan Kionsom Inanam kira-kira 9 pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa yang merupakan jurujual berusia 19 tahun itu difahamkan terjun daripada kenderaan setelah pemandu e-hailing berkenaan meraba paha mangsa lalu cuba menyamun mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di kawasan berhampiran.

Sebelum insiden berlaku, mangsa dikatakan menempah perkhidmatan e-hailing itu untuk pulang ke rumah daripada tempat kerjanya di Manggatal.
Namun, dalam perjalanan difahamkan pemandu e-hailing yang hanya dikenali sebagai Zahir mengambil jalan pintas bagi mengelak kesesakan jalan raya.

“Semasa dalam perjalanan, pemandu berkenaan tiba-tiba meminta mangsa beralih ke tempat duduk hadapan dan mangsa tanpa berfikir panjang beralih tempat duduk sebelum suspek bertindak memegang paha mangsa. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *