Polis Sabah Sentiasa Bersedia Hadapi PRU-15

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah

KOTA KINABALU: Polis Sabah sentiasa dalam situasi bersiap siaga dengan membuat pelbagai persiapan termasuk latihan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, selaku pasukan keselamatan, semua pegawai dan anggota terbabit sudah diberikan pendedahan menerusi bengkel-bengkel untuk memantapkan tugasan.

“Kita tidak tahu bila tarikh (PRU-15) sebenarnya, namun pasukan polis sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan tugasan diperlukan.

“Menerusi latihan diberikan, ia bagi mempertajamkan semula pemahaman dalam peraturan dan perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.507.1_en.html#goog_2076261949https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.507.1_en.html#goog_2076261951https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.507.1_en.html#goog_2076261953https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.507.1_en.html#goog_2076261955

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Idris berkata, bengkel-bengkel yang disediakan juga memberikan pendedahan dengan prosedur operasi standard (SOP) berikutan keadaan semasa dalam endemik ketika ini.

Sementara itu, sambutan hari polis berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai pertunjukan mempamerkan aksi pasukan keselamatan yang memukau.

Antaranya termasuk tatacara menyelamat dan memindahkan individu penting dalam keadaan kecemasan yang turut menggunakan bahan letupan selain tembak-menembak antara polis dan penjenayah. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *