Ugut ‘Bunuh’ Polis, Lelaki Mabuk Ditahan

Suspek yang dipercayai mabuk dikatakan mengugut anggota polis yang bertugas menggunakan parang. – Foto Polis

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan mengugut anggota polis menggunakan parang di depan Balai Polis Kuala Penyu, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, lelaki tempatan berusia 48 tahun terbabit dipercayai dalam keadaan mabuk akibat bau arak dan keadaannya yang terhuyung-hayang.

Parang yang digunakan suspek. – Foto Polis

Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, kejadian itu disedari seorang anggota polis yang sedang bertugas di balai berkenaan.

Katanya, anggota polis yang melihat kehadiran suspek sempat bertanyakan tujuan lelaki itu datang ke balai.

“Bagaimanapun, suspek terus berkata ‘mahu tetak kau’ sambil mengangkat sebilah parang panjang menyebabkan mangsa terus masuk ke kaunter aduan balai polis dan mengunci pintu.

“Suspek sekali lagi menjerit ‘matlamat saya datang balai mahu bunuh polis’,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff berkata, pasukan polis yang menerima maklumat terus menghantar bantuan untuk menahan suspek dan merampas parang itu.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan suspek akan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing bagi membantu siasatan lanjut.” – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *