Pengeluaran KWSP Sebelum Ramadan Masa Paling Tepat – Najib

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat untuk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 dan sebelum Ramadan.

Beliau juga turut mencadangkan empat langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yang rendah.

β€œDan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yang rendah bagi mereka yang masih terjejas akibat Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, dan memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“Beri projek Bandar Malaysia kepada KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beri beberapa projek kerajaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap sokongan yang diberikan oleh parti serta ahli politik mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sakadar sokongan sementara sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yang pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.

“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Lim) Guan Eng, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Pas ‘u-turn’ pula untuk sokong. Harap ini bukan sakadar sokongan sementara sempena musim PRN,” katanya.

Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi tiga skim pengeluaran membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah berakhir.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, pihaknya tidak bercadang membenarkan pencarum membuat pengeluaran tambahan buat masa ini. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik πŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *