“Jangan Permainkan Orang Sabah, Orang Sabah Pun Pandai Marah” – Bung Moktar

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri lebih memahami keperluan di negeri tersebut terutamanya dari segi perancangan dan pengagihan peruntukan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak harus diberikan kuasa untuk menguruskan peruntukan berjumlah RM5 bilion yang diperuntukkan untuk kedua-dua negeri tersebut.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri lebih memahami keperluan di negeri tersebut terutamanya dari segi perancangan dan pengagihan peruntukan.

“Biar kita rancang. Kita boleh tentukan ke mana kita nak agihkan. Kalau tidak RM5 bilion tiap-tiap tahun yang diumumkan yang dilaksanakan hanya 38 peratus.

“Tiap-tiap tahun yang RM5 bilion itu, sedikit sahaja dipakai, dibawa lagi ke tahun depan, umum lagi RM5 bilion padahal yang pakai RM1 bilion lebih sahaja.

“Ini, kita diperbudak-budakkan, kita dipermain-mainkan. Jangan permainkan kami, rakyat Sabah pun pandai marah. Jangan main-main.

“Tidak boleh macam ini, kerajaan tidak boleh main-main dengan rakyat Sabah dan Sarawak.

Cari pendekatan baharu bagaimana ia dapat dihabiskan dalam satu tahun,” katanya ketika sesi Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga mencadangkan agar Kerajaan selepas ini memberikan pengiktirafan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak dengan memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada mereka.“Satu daripada Semenanjung, satu daripada Sabah dan satu daripada Sarawak.

Apa yang susah sangat?“Kemboja negara kecil pun ada sembilan Timbalan Perdana Menteri. Laos, ada tujuh atau lapan.

Malaysia negara besar, negara membangun.“Bagilah peluang orang Sabah dan Sarawak untuk duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau juga bersetuju dengan cadangan beberapa pemimpin negeri itu yang mahu 28 kerusi Parlimen ditambah di kedua-dua negeri tersebut. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *