Buka Sempadan : Pelancong Indonesia Teruja Datang Ke Malaysia

Laporan berita mengenai pembukaan pintu sempadan negara tidak lama lagi mempengaruhi keinginan pelancong Indonesia berkunjung ke Malaysia – Foto Hiasan

JAKARTA : Selain rekreasi, pelancong Indonesia rasa teruja datang kembali ke Malaysia untuk bertemu ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan.

Itu merupakan hasil tinjauan empat hari Tourism Malaysia di ‘Astindo Hybrid Travel Fair’ anjuran Persatuan Syarikat Penjual Tiket Penerbangan Indonesia (Astindo) yang berakhir di sini pada Ahad.

Lokasi utama pelancong di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland sangat dirindui mereka, menurut pengurus pemasaran Tourism Malaysia di Jakarta, Niko Johan Tanosa.

Laporan berita mengenai pembukaan pintu sempadan negara tidak lama lagi turut mempengaruhi keinginan mereka berkunjung ke Malaysia.

Niko berkata: “Kita menjelaskan Malaysia setakat ini belum membuka sempadan sepenuhnya. Namun, pelancong boleh ke Malaysia melalui program Langkawi International Travel Bubble.”

Seramai 6,000 pelancong dari pelbagai negara menyertai program itu termasuk 175 pelancong dari Indonesia sejak diperkenalkan pada 15 November 2021.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, seramai 3.6 juta pelancong Indonesia mengunjungi Malaysia pada 2019.

Niko berkata, pihaknya bakal mengadakan Virtual Travel Mart Roadshow siri ke lima di Bandung sebagai persiapan Malaysia membuka kembali sempadan untuk pelancongan. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *