Mangsa Kedua Lemas Di Kudat Ditemui

Ahli keluarga mangsa membuat pengesahan identiti mayat yang ditemui pagi tadi.

KUDAT: Mangsa kedua yang dilaporkan hilang bersama abang sepupunya ketika memasang pukat di Pantai Pirate Point, Kampung Parapat Laut, di sini ditemukan hari ini.

Mayat Aewaeindar Fedelix Olliong, 20, ditemui terdampar di pantai itu tidak jauh dari lokasi dia hilang oleh penduduk kampung pada 8 pagi.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, susulan penemuan itu Operasi Carilamat yang diaktifkan sejak mangsa hilang, Khamis lalu ditamatkan.

Katanya, sebelum itu, mayat Maclin Majaun, 29, ditemui pada 6 petang semalam.

“Kedua-dua mangsa sudah disahkan ahli keluarga sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi dibantu PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain penduduk kampung. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *