SPRM Sabah Tahan Pengarah Kanan Minta Suapan RM10,000

Foto Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang Penolong Pengarah Kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki terbabit rasuah.

Suspek ditahan selepas dikatakan meminta suapan RM10,000 daripada orang awam bagi tujuan mempercepatkan urusan pengeluaran surat tawaran tanah membabitkan pekebun kecil.

Menurut sumber, suspek ditahan pegawai SPRM kira-kira jam 3 petang hari ini di pejabatnya, di sini..

Pengarah SPRM negeri, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan suspek dijangka dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) SPRM 2009.

Dalammpada itu, Karunanithy tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan susulan akan diadakan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *