
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan membentangkan usul kad pengenalan atau “Sabah IC” pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
Timbalan Presidennya, Edward Dagul, berkata presiden parti yang juga bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee akan membentangkan usul itu.
Katanya, Sabah IC akan menjadi mekanisme untuk menjaga status kerakyatan rakyat Sabah dan membolehkan kerajaan negeri menghapuskan MyKad yang dikeluarkan secara meragukan.
“Gesaan untuk I Sabah IC h telah diketengahkan dan diteruskan bertahun-tahun dan ia harus tepat pada masanya bagi melaksanakannya untuk rakyat Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga memberitahu, rakyat Sabah mengkritik cadangan kerajaan persekutuan untuk mengeluarkan kad khas untuk warga asing di negeri itu.
Dagul berkata, SAPP telah menyiapkan kertas kerja mengenai cadangan Sabah IC , yang mengambil kira pelbagai aspek termasuk kesahihannya dan implikasi sosio-ekonomi.
Beliau berkata, Sabah IC boleh menyelesaikan banyak isu, termasuk kad di bawah ‘Projek IC’, istilah yang digunakan untuk menggambarkan dakwaan pemberian kewarganegaraan secara sistematik kepada pendatang dengan menerusi kad pengenalan pada 1990-an.
Sabah IC juga akan menangani isu berkaitan pengundi hantu dan anak negeri tanpa izin negeri, terutama di kawasan pedalaman, katanya.
“ Sabah IC bukan pengganti Mykad, tetapi jaminan perlindungan hak kita sebagai rakyat Sabah tulen dan rakyat Malaysia yang layak,” katanya.
Menurut Dagul, Yong, semasa memberi keterangan pada 2013 di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah, telah mengemukakan cadangan Sabah IC kepada suruhanjaya itu.
Beliau berkata, pelbagai pemimpin negeri juga telah mencetuskan idea Sabah IC , termasuk Timbalan Ketua Menteri dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan serta Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost