Tikam Perut Sendiri Selepas Simbah Isteri Air Panas

Mangsa menerima rawatan di hospital selepas melecur disimbah air panas di Kampung Pondo, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, kelmarin. – Foto PDRM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki menjirus air panas ke atas isterinya sebelum menikam diri sendiri dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pasangan yang baru berkahwin beberapa bulan lalu itu dikatakan bergaduh berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, berkata sebelum kejadian, mangsa berusia 40 tahun dikatakan sedang menjerang air di dapur rumah.

Bagaimanapun, katanya, pertengkaran tiba-tiba tercetus antara mereka dan suspek berusia 41 tahun itu terus mengambil cerek air yang sedang dijerang dan menyimbahnya ke arah mangsa.

“Akibat kejadian, mangsa melecur pada bahu dan tangan kiri.

“Suspek pula dikataka terus mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan menikam perut sendiri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, siasatan mendapati, selama berkahwin, suspek sering ditendang dan ditampar oleh mangsa apabila bertengkar mengenai masalah kewangan.

“Pertengkaran semakin buruk apabila mangsa mengungkit perkara lalu dan itu dipercayai menyebabkan suspek mengawal emosi,” katanya.

Sementara itu, George berkata, setakat ini, mangsa dan suspek masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan Seksyen 309 akta sama. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *