Lebih 50 Rumah Atas Air Musnah Terbakar Di Kudat

Kebakaran rumah atas air di Kampung Landung Ayang di Kudat hari ini.

KUDAT: Sekurang-kurangnya 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan.

Kebakaran rumah atas air di Kampung Landung Ayang di Kudat hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.26 petang.

Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi memadam kebakaran dilakukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat dan dibantu balai Kota Marudu.

“Sehingga kini, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman itu juga turut dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *