10 Cedera, Kemalangan 2 Pacuan Empat Roda Di Jalan Sook-Keningau

KENINGAU: 10 individu membabitkan pemandu dan penumpang dua pacuan empat roda terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Sook-Keningau, berhampiram Kampung Barasanon, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Nissan Frontier dan Mitsubishi Pajero.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi kejadian, semua 10 mangsa terlibat mengalami cedera ringan dan keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan jentera bomba.

“Semua mangsa bagaimanapun enggan dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.31 malam.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *