Covid-19: Sabah Catat 3,333 Kes Baharu

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan 3,333 kes baharu Covid-19, angka tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan meningkat 1,264 kes berbanding semalam.

“Sabah mencatat kes harian tertinggi sejak program vaksinasi dijalankan iaitu sebanyak 3,333 kes di mana hampir 52% adalah kes bergejala dan jangkitan sporadik.

“Jauhi kawasan yang sesak dengan orang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jumlah kes harian terbanyak yang pernah dicatatkan di Sabah ialah pada 26 Ogos tahun lalu iaitu sebanyak 2,487 kes

Sementara itu Masidi berkata, tiga lagi kluster membabitkan sekolah turut dicatatkan, hari ini, iaitu Kluster SMK Simpangan di Beluran, SMK Bukit Garam 1 di Kinabatangan dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di Keningau. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *