Covid-19: 909 Kes & 4 Kluster Baharu Di Sabah Hari Ini

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 909 kes baharu COVID-19 hari ini dengan empat lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dilaporkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu itu menampakkan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding hari sebelumnya.

Katanya, kali terakhir Sabah merekodkan kes pada paras 900 adalah empat bulan lalu iaitu 30 September 2021.

“Satu kluster baharu diisytiharkan di Sandakan yang melibatkan sekolah MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens iaitu Kluster Sungai Batang Batu Sepuluh.

“Indeks kes pertama kluster ini telah dikesan melalui saringan bergejala pada 25 Januari 2022. Kes indeks merupakan seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dan mula menunjukkan gejala demam pada hari berkenaan.

“Saringan terhadap kontak rapat mendapati 49 lagi kes positif terdiri daripada pelajar asrama, pelajar harian, guru dan kontak keluarga menjadikan jumlah kumulatif seramai 50 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua mereka yang positif adalah dalam Kategori 1 dan 2 (bergejala ringan), diasingkan dan diberikan rawatan yang selanjutnya.

Selain itu katanya, Kluster Jalan Tandek adalah kluster baharu yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek 1 di daerah Kota Marudu.

“Indeks kes merupakan seorang lelaki warganegara 15 tahun dan merupakan pelajar asrama di sekolah tersebut. Kes mula bergejala pada 15 Januari 2022 dan menjalankan saringan pada 17 Januari 2022 serta didapati positif RTK Antigen.

“Saringan terhadap rakan seasrama dan sekelas mendapati seramai 34 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 35 orang. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *