Cikgu Lerry Bentang Inovasi di New York City

KENINGAU: Cikgu Lerry David, guru Bahasa Melayu Kolej Vokasional keningau telah membentang aplikasi mudah alih ciptaannya yang dinamakan “Bijak Karangan” di persidangan dalam talian yang berpusat di New York City, Amerika Syarikat, pada 16 Januari 2022.

Persidangan International Liberty Interdisciplinary Studies Conference tersebutkan menampilkan pembentang dari Eropah, Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan.

Cikgu Lerry David membina aplikasi tersebut semasa sekolah ditutup pada tahun lepas untuk membantu para pelajar meneruskan pembelajaran mereka dirumah dengan cara yang lebih praktikal dan berkesan.

Dia pernah menerima geran berjumlah RM 2000.00 pada tahun 2021 melalui anugerah Cikgu Kickstart dan dia pernah membentang aplikasi ini di sebuah persidangan dalam talian yang berpangkal di Tokyo, Jepun, pada tahun 2020.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian Cikgu Lerry David yang membuktikan kebolehan guru-guru kita dalam bidang inovasi yang berunsurkan pendidikan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman pembentangan Cikgu Lerry boleh diakses melalui pautan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *