Porsche Terbakar Selepas Terbabas Ke Gaung Di Beaufort

Porsche Panamera terbakar selepas terjatuh ke gaung setinggi 3 meter. – Foto BOMBA

KOTA KINABALU: Seorang pemandu terselamat, selepas kereta mewahnya terbabas ke gaung dan terbakar di Jalan Bypass Bukit Bendera, Beaufort, Sabah tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, 10 anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bergegas ke lokasi kejadian, selepas pihaknya menerima panggilan pada 12.04 tengah malam.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati sebuah kereta Porsche Panamera terbakar sepenuhnya.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan terbabas sendiri dan terjatuh ke gaung setinggi 3m,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pemandu berusia 37 tahun itu hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal pada 12.15 tengah malam sebelum tamat sepenuhnya 25 minit selepas itu.”

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *