Sungai Kinabatangan Lepasi Paras Amaran

Keadaan banjir di kampung berkenaan ketika tinjauan dilakukan.

KINABATANGAN: Sungai Kinabatangan meningkat dan kini berada di paras amaran susulan hujan lebat di bahagian hulu sungai.

Tinjauan mendapati, beberapa rumah di kawasan Kampung Pangkalan Bukit Garam sudah dinaiki air sejak petang tadi. Namun, mereka dilihat mandi-manda di kawasan dinaiki banjir berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlam Shah Jamaluddin berkata, bacaan pada pagi ini dilaporkan setinggi 9.60 meter.

Menurutnya, ekoran keadaan itu air sungai sudah melimpah ke perkampungan penduduk khususnya di Kampung Pangkalan Bukit Garam.

“Keadaan sekarang, trend air semakin meningkat dan mengikut rondaan pasukan kami pagi tadi paras air mencapai 9.36 meter berbanding semalam iaitu 9.34 meter.

“Petang kelmarin pasukan saya membuat rondaan bacaan paras air hanya mencatat 9.30 meter iaitu masuk kepada paras amaran.

“Namun, hari ini ia melepasi paras amaran dan setakat ini ada lapan keluarga mengambil inisiatif sendiri untuk berpindah ke balai raya berhampiran yang mana rumah mereka berada di tebing sungai sudah dimasuki air,” katanya dalam satu sidang media di Kinabatangan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya kini sedang giat melakukan rondaan dari semasa ke semasa.

Katanya, semua lapan keluarga berkenaan sudah diberikan bantuan bakul makanan.

Tambahnya, penduduk dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dan segera berpindah atau menghubungi mereka jika berlaku kecemasan. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *