Mangsa Terakhir Tragedi Bot Karam Di Batu Payung Berjaya Ditemui

Pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat terakhir mangsa bot karam, Rahena Muhaimin pagi tadi pada hari ketiga operasi.

TAWAU: Mangsa terakhir kejadian bot karam di perairan Kampung Batu Payung di Sabah, Sabtu lepas ditemui pagi tadi dalam operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga.

Penemuan mayat mangsa, Rahena Muhaimin, 20 pada 8.34 pagi itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Julius John Stephen Jr.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, lapor Utusan Malaysia.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, bot berkenaan dipercayai cuba berpatah balik dari Kampung Rawa-Rawa sebelum karam.

Bot terbabit membawa sembilan orang, termasuk tiga beradik itu, namun enam daripada mereka berjaya diselamatkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Jaidi, 5, ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi semalam manakala abangnya Saiful, 15, ditemui pada 8.58 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *