3 Beradik Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Tawau

SAR mencari tiga beradik yang hilang selepas bot karam di perairan dekat Kampung Batu Payung.

TAWAU: Tiga kanak-kanak yang juga adik beradik dikhuatiri lemas, manakala enam lagi selamat dalam kejadian bot karam di kawasan perairan Kampung Batu Payung, dekat Tawau, petang tadi.

Tiga adik beradik berkenaan, Saiful Muhaimin, 14; Adam Muhaimin, 13, dan Saina Muhaimin, 12, masih belum ditemui.

mencari tiga beradik yang hilang selepas bot karam di perairan dekat Kampung Batu Payung.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, bot yang membawa mangsa dipercayai berpatah balik dari Kampung Rawa-Rawa, sebelum karam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau Julius John Stephen Jr, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

Menurutnya, maklumat awal yang diperoleh, terdapat sembilan orang mangsa dalam bot terbabit dengan enam daripadanya telah berjaya diselamatkan orang kampung.

“Tiga lagi mangsa yang juga adik beradik iaitu Saiful Muhaimin, 14; Adam Muhaimin, 13, dan Saina Muhaimin, 12, masih belum ditemui,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Julius berkata, gerakan mencari dan menyelamat turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selain penduduk kampung bersama 17 buah bot sebelum ditangguhkan, kira-kira jam 6.40 petang tadi kerana cuaca gelap akan diteruskan awal pagi esok.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *