2 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang

Keadaan kereta Proton Saga selepas dihempap pokok tumbang.

SANDAKAN: Dua pemandu terselamat selepas sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap kenderaan yang dipandu dalam kejadian di Jalan Sabah Hotel, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kedua mangsa berusia 30-an yang memandu Proton Axia dan Proton Saga itu bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.32 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat manakala dua kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Axia terperangkap di bawah pokok tumbang.

“Pasukan operasi terus menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya sejurus selepas itu. – asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *