
KOTA KINABALU: Pantai Tanjung Aru dan Tanjung Lipat di Likas yang lazimnya menjadi tumpuan orang ramai setiap kali sambutan ambang tahun baharu, ditutup sementara bermula esok (31 Disember) sehingga 1 Januari depan bagi mengelak penularan COVID-19.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, penutupan sementara itu melibatkan Taman Awam Teluk Likas, Taman Awam Teluk Likas Dua dan
Pantai Tanjung Aru Satu bermula 1 petang pada 31 Disember sehingga 6 pagi pada 1 Januari 2022.
“Penutupan ini sebagai langkah membendung penularan Covid-19, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 : Kemaskini 28 Disember 2021.
,” katanya.
